Senin, 24 Mei 2010

Samy Vellu's battle royal or storm in a teacup?

SAMY Vellu, the MIC president since 1979, wielded the party stick when he sacked V. Mugilan, the party deputy Youth chief, for allegedly working against the interest of the party.
Days earlier, the MIC president announced that he would step down "eight or nine months" before the end of his term in May 2012. But a stinging attack from Mugilan ensued: "Samy Vellu is the biggest stumbling block. He is the reason we lost the Indian votes (in the last general election)". He alleged that Samy Vellu's presence was damaging both MIC and Barisan Nasional and was detrimental to the survival of MIC.
Barely 24 hours after the Youth No 2's botched attempt at a coup, the party leader acted swiftly and decisively to remove Mugilan.
samy-velluIn an effort to draw a line under the affair, the veteran politician promised a smooth transition of power and said, "I want all party members to know that the transformation of MIC will continue. The transition of power in the MIC would be smooth."
However, he did not reveal his successor, thus leading to intense speculation because of strained ties between Samy Vellu and his number two, G Palanivel, the hitherto heir apparent.
Ever since Samy Vellu was ousted from his Sungai Siput constituency in his ninth attempt to retain the seat in the 2008 elections, rumblings about his leadership have built to a crescendo.
This month, Petaling Jaya Selatan division head V Subramaniam, better known as Barat Maniam, was sacked after criticising Samy Vellu over the senatorships that were awarded and for saying that MIC was in a critical state: "MIC is no more a party that represents the Indian community in Malaysia. In fact, it has already become Samy Vellu family's party. Just look at the current positions in MIC. "
Lending support to Mugilan and the growing voices of dissent was MIC central working committee (CWC) member G Kumar Aman who claimed to represent thousands of Indian youths demanding Samy Vellu's resignation and for deputy president G Palanivel to lead the 630,000-member party.
As the drama in MIC intensified, the focus shifted to the strength of support being given by other MIC top brass who seemed to be solidly behind Samy Vellu.
Meanwhile, Prime Minister Najib Abdul Razak and Umno have also been applying pressure on Samy Vellu to set a transition plan in motion. They believe him to be responsible for MIC's dismal performance during the last general election, when Indian votes shifted to the opposition.
Whilst the opportunity to finally lay this matter to rest is obvious, the continued speculation and uncertainty will portray MIC as dispirited and disunited. The credibility of the MIC president will be further damaged with the continuing accusations of nepotism and cronyism and the known scandals related to the various shares issues.
By overstaying his welcome and desperately clinging on to power, Samy Vellu becomes an easy target. Although he may brush off calls for his resignation, the many attempts to unseat him clearly show his time is up.
MIC member,
Sentul, Kuala Lumpur

Cadangan modul induksi untuk anggota DHPP

Kejayaan mengangkat status Kelab Penyokong PAS menjadi sayap utama parti kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) merupakan petanda awal PAS akan bangkit dengan lebih berkesan lagi dalam politik tanah air khasnya menjelang PRU 13 nanti.
Tidak hairanlah sejak kebelakangan ini suara-suara sumbang dari parti-parti komponen BN yang mengkritik langkah proaktif PAS ini semakin lantang kedengaran, tidak lain dan tidak bukan akibat dari rasa kebimbangan mereka yang semakin sukar dibendung terhadap kemungkinan akan menghadapi kemerosotan pengaruh khususnya dari masyarakat bukan Islam.
Memandangkan salah satu asas penubuhan parti-parti ini ialah berpaksikan semangat perkauman, sudah tentulah pengiktirafan PAS terhadap sokongan bukan Islam melalui DHPP amat menakutkan mereka lantaran kekuatan Dewan ini boleh menerobos benteng perkauman yang selama ini diperjuangkan oleh parti-parti komponen BN.
Bagi pendokong PR amnya dan PAS khasnya, biarkanlah seteru politik kita itu berhabis masa dan tenaga untuk menggagalkan perancangan murni ini. Tugas kita ketika ini bukanlah melayan segala tohmahan dan propaganda mereka dan agen-agen mereka, bahkan yang paling penting marilah kita bersatu padu, berganding bahu untuk membangunkan sebuah DHPP yang kukuh untuk menjadi salah satu jentera penerangan kita yang berkesan terutamanya bagi menghadapai PRU 13 tidak lama lagi.
Sebagaimana seruan Dr. Mujahid Yusof Rawa dalam ucapannya semalam, DHPP seumpama bayi yang baru lahir perlu dibelai dengan bersungguh-sungguh dengan akhlak terpuji dan keindahan Islam supaya ianya membesar menjadi mata dan telinga PAS dalam mengajak masyarakat bukan Islam menjauhi politik songsang dan keji, bertuhankan kebendaan dan berhijrah kepada politik berasaskan fitrah yang memperjuangkan keadilan dalam masyarakat dan memartabatkan nilai insan.
Justeru, untuk meningkatkan jati diri dan menyuburkan semangat ahli-ahli DHPP untuk terus bernaung di bawah kepimpinan ulamak, saya mencadangkan satu modul induksi bagi ahli-ahli ini diperkenalkan. Kurikulum tertentu yang selaras dengan fitrah insani tanpa mengira bangsa dan agama boleh diserapkan dalam modul ini.
Seberapa banyak maklum balas berkaitan keperluan pemantapan jati diri juga hendaklah diperolehi dari ahli-ahli dewan ini agar modul yang ingin diperkenalkan memenuhi kehendak dan cita rasa ahli-ahli sendiri. Sebagai pejuang kebenaran dan keadilan, sama-samalah kita berdoa agar usaha murni ini akan membuahkan hasil yang diharapkan dalam menentang kezaliman dan penyelewengan.
IH, Southern City,
Johor.

Umno sasar 100,000 pengundi baru tawan semula Kedah..Pakatan perlu ingat operasi ini..!!!


KUALA LUMPUR, 24 Mei — Ketika ‘demam’ mendaftar pemilih semakin rancak di seluruh negara melibatkan pelbagai pihak, Umno Kedah meletakkan sasaran untuk menambah sekitar 100,000 pengundi baru dalam usaha merampas semula negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.
The Malaysian Insider difahamkan sasaran itu dijanjikan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada pertemuan retreat Umno di Janda Baik dekat sini awal bulan ini.
Pemimpin-pemimpin Umno bahagian membentangkan laporan KPI enam bulan mereka kepada Perdana Menteri pada pertemuan itu.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Setiausaha Umno Kedah Datuk Ir Nawawi Ahmad tidak menolak perkara itu tetapi enggan memberikan angka tepat pengundi yang mereka sasarkan.
Beliau mengakui ada memberikan pendekatan dan strategi mereka untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Kedah, salah satu negeri yang tercicir dari penguasaan BN pada pilihan raya umum 2008.
“Kami sasarkan sekitar 10 peratus daripada jumlah (pengundi) yang ada sekarang,” kata beliau tanpa memberikan butiran atas alasan ia masih dianggap sebagai strategi pihaknya.
Berdasarkan perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 319,000 warga Kedah yang berumur 21 tahun dan ke atas masih belum mengundi sebagai pemilih.
Daripada 11.16 juta pengundi yang ada sekarang, seramai 881,525 orang merupakan pemilih berdaftar di Kedah.
Seramai 4.44 juta rakyat negara ini belum mendaftar sebagai pemilih.
Bagaimanapun Nawawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Kuah memberitahu, pihaknya dalam proses menggerakkan usaha menambah keahlian parti dan pada masa yang sama mahu menjadikan mereka sebagai pengundi.
“Usaha ini perlu tumpu untuk menjadikan mereka ahli Umno dan pada masa yang sama menjad pengundi,” kata beliau.
Ditanya sama ada usaha itu membabitkan kerjasama komponen terutama MIC dan MCA, Nawawi tidak menolak kemungkinan itu.
Bagaimanapun katanya, tanggungjawab itu dipikul Umno memandangkan lebih 70 peratus penduduk Kedah merupakan orang Melayu.
“Kini kira-kira enam peratus penduduk merupakan orang India dan 16 peratus lagi orang Cina, yang kebanyakannya tinggal di kawasan bandar. Mereka beri tumpuan di kawasan-kawasan bandar.
“Oleh itu, untuk menarik baki majoriti penduduk sebagai pengundi, Umno akan menjalankan usaha ini,” katanya.
Sehubungan itu kata Nawawi, beliau merasakan usaha mendaftar pemilih ini penting memandangkan kira-kira lima kerusi Dewan Undangan Negeri dimenangi Pakatan Rakyat dengan majoriti keseluruhan hanya sekitar 1,463 undi berbanding 666,000 undi yang dibuang pada Mac 2008.
“Sekiranya diambil dari sekitar 666,000 pengundi yang keluar mengundi, jumlah 1,463 bersamaan dengan sekitar dua peratus.
“Oleh itu kami merasakan jika dapat meningkatkan jumlah pengundi, kami yakin dapat menawan semula Kedah dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya dengan optimis.
Salah satu daripada lima kerusi yang BN tewas dengan perbezaan undi tipis ialah Tanjong Dawai. Wakil BN Arzmi Hamid kalah kepada calon PAS Abdullah Jusoh dengan perbezaan 79 undi.
SPR kini menyediakan pelbagai kemudahan untuk parti-parti politik mendaftar pemilih, antaranya melantik penolong pendaftar pemilih.
Setiap parti dibolehkan memilih dua wakil sebagai penolong pendaftar pemilih bagi setiap kerusi DUN.

Kalah hujah : pemimpin BN cuba kaitkan pemuda dengan Anwar Ibrahim

Tawau : Cubaan seorang pemimpin kanan BN di negeri Sabah yang cuba mengheret Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dengan politik dikritik hebat oleh seorang pemuda dalam perhimpunan itu.
Pemuda tersebut yang juga seorang tokoh dikalangan masyarakat di daerah itu bangun mencelah sebaik pemimpin BN itu mula bercakap tentang politik dalam perhimpunan tersebut.
“Kami bersama beberapa NGO di daerah ini pada mulanya diminta untuk berkumpul dan hadir di hotel tersebut atas nama NGO.
Malangnya, beberapa minit selepas berucap pemimpin BN itu mula bercakap tentang politik yang memaksa saya bangun menyatakan bantahan.
Dalam ucapan itu saya menegaskan bahawa tujuan perhimpunan itu dengan jelas menyatakan adalah perhimpunan yang berkaitan dengan NGO dan apabila disebut NGO ia harus bebas dari pengaruh politik,” katanya kepada erapakatan.com.
Menurut pemuda itu, tindakan pemimpin BN itu yang bercakap tentang politik dalam perhimpunan itu disifatkannya sebagai pembaziran wang rakyat.
“Wang rakyat dibazirkan begitu sahaja. Lihat sahaja hotel mewah yang digunakan, gaji yang dibayar kepada pemimpin itu selain bayaran-bayaran lain yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan rakyat,” katanya yang enggan dikenali.
Pemuda itu turut memberitahu, sepatutnya perhimpunan itu dimanfaatkan oleh pemimpin tersebut untuk membincangkan perkara penting termasuklah gejala sosial yang kian kronik di daerah itu dan bukannya memperlatakan NGO untuk pengaruh politiknya.
“NGO yang hadir dalam perhimpunan itu saya cukup yakin memiliki pelbagai ilmu dan pengetahun berhubung permasalahan yang berlaku di daerah Tawau dan sepatutnya BN negeri bekerjasama dengan kami dan bukan mengheret kami ke kancah politik,” tegasnya.
Beliau turut menjelaskan, sebaik beliau habis menyatakan pandangannya, pemimpin BN itu pula cuba mengaitkannya dengan tokoh penting Pakatan Rakyat, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, katanya, beliau mendesak kerajaan negeri menumpukan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat daripada berpolitik sepanjang masa yang hanya merugikan pembayar cukai di negeri itu.

DHPP ubah pandangan serong bukan Islam terhadap Islam

KLANG, 24 Mei: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw mengakui penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang kini sudah dinaik taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) banyak mengubah sikap dan pandangan bukan Islam terhadap Islam.

Beliau yang merupakan antara tulang belakang KPP yang ditubuhkan sejak 2004 berkata, penubuhan tersebut merupakan titik tolak kepada pencerahan pemikiran orang bukan Islam yang sering dimomokkan dengan pandangan serong terhadap Islam dan PAS itu sendiri.

"Penubuhan Kelab Penyokong PAS pada tahun 2004 yang lalu , saya lihat banyak perubahan sikap di kalangan masyarakat bukan Islam PAS.

"Usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS untuk menyatukan masyarakat bukan Islam nampaknya sudah nmendatangkan hasil," katanya sewaktu berucap di majlis pelancaran DHPP, di sini, semalam.

Sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada PAS khususnya Lajnah Perpaduan Nasional di bawah Dr. Mujahid Yusuf Rawa, beliau juga meletakkan harapan agar PAS terus melaksanakan penyatuan kaum yang tidak dapat dilakukan oleh Barisan Nasional selama ini.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpinan PAS yang meluluskan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS ini dan kita harap apa yang tidak dapat dilakukan oleh Barisan Nasionl, dapat dilakukan olah PAS.

Tegasnya, beliau akan memastikan DHPP dapat mencapai misi dan visi untuk mewujudkan negara Malaysia yang aman damai dengan penyatuan semua kaum.

"Kita dalam DHPP mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah syurga, kita dapat hidup dengan aman dan harmoni. Marilah kita sama-sama merealisasikan usaha ini.

Pang Chaw juga berkata, beliau menghormati prinsip Islam yang tidak pernah menghalang sesiapa sahaja untuk melakukan kebaikan.

"Dalam Islam tidak pernah menghalang kita untuk buat kerja baik," katanya.

Nada yang sama turut disuarakan timbalannya, N. Balasubramaniam yang turut berucap di majlis tersebut.

"Saya sudah lama menanti kelab penyokong ini dinaik taraf kepada dewan dan hari ini impian kita sudah menjadi kenyataan. Kita sudah berada di sini sebagai ahli dewan.

"Saya mengucapakan terima kasih kepada Presiden PAS dan pimpinan tertinggi yang lain kerana menaik taraf kelab ini kepada dewan himpunan penyokong PAS, " katanya.

Pada majlis berkenaan, ahli DHPP turut melafazkan ikrar taat setia kepada PAS dengan diketuai oleh ketua pemuda DHPP, Balendran.

Ikrar berkenaan mengandungi lima perkara iaitu:

Pertama, menjunjung dasar parti dan mentaati prinsip perjuangannya.

Kedua, menghormati keputusan-keputusan kepimpinan parti dan kepimpinan dewan.

Ketiga, melaksanakan maksud perpauan dalam parti dan dalam negara ini.

Keempat, menghormati segala peraturan dan peraturan dewan sebagai panduan.

Dan kelima, memastikan ahli dewan menjaga nama baik PAS dan perjuangannya.

Pendaftaran pengundi semakin sukar?

Masih terdapat 4 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi masih belum mendaftar di sebalik gesaan supya berbuat demikian.

Kumpulan ini sering-kali menjadi buruan ahli-ahli politik dan juga pertubuhan bukan kerajaaan kerana mereka merupakan kira-kira 28 peratus daripada golongan yang layak mengundi.

Daripada jumlah itu, Selangor mempunyai jumlah yang tertinggi iaitu seramai 787,000 orang dan diikuti oleh Johor - 605,000, Perak - 526,000 dan Sarawak - 473,000.

Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (BERSIH) juga pernah menganjurkan perhimpunan besar-besaran menuntut supaya senarai daftar pendundi dibersihkan dan sistem undi pos ditamatkan.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (bawah, kanan) yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara masalah berpunca daripada peraturan ketat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, SPR menggesa semua parti membantu mendaftarkan mereka yang layak mengundi tetapi npada masa yang sama menjadikan proses berkenaan terlalu birokratik.

Terdapat dua cara bagi rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas boleh mendaftar.

Pertama, yang dianggap pendekatan pasif iaitu dengan mengunjungi mana-mana pejabat pos atau menghantar permohonan secar terus kepada pejabat negeri SPR.

Kedua, pendaftaran boleh dibuat di kaunter pendaftaran yang didirikan di pusat membeli-belah, pesta yang dianjurkan oleh parti-parti politik dan NGO seperti Extraordinary People Impacting Community (Epic) and Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).

Dengan bantuan penolong pendaftar yang diiktiraf oleh SPR, parti-parti seperti DAP, PAS dan juga Umno dengan aktif mendaftar pengundi baru.

Terdapat 3,500 penolong pendaftar yang diiktiraf oleh SPR, 2000 daripada mereka adalah daripada cadangan parti-parti politik manakala 1,000 lagi adalah kakitangan awam.

Semua mereka ditauliahkan oleh SPR.

Namun menurut Pua, penolong pendaftar yang dilantik sebelum pilihan raya 2008 telah ditamatkan perkhidmatan mereka manakala kumpulan baru yang dikemukakan selepas pilihan raya umum hanya diluluskan pada pertengahan Jun 2009.

“Apabila pengundi baru didaftarkan, ia mengambil masa enam bulan sebelum nama mereka digazetkan dalam senarai pengundi dan pada kadar ini, tidak mungkin kita akan dapat mendaftar empat juta pengundi baru.“Lebih memburukkan keadaan, apabila hanya seorang penolong pendaftar bagi setiap parti dibenarkan dilantik bagi setiap kawasan parlimen dan semua mereka bekerja secara sambilan,” katanya.

Tahun lalu, DAP dan Umno menghantar senarai penolong pendaftar mereka bagi menggantikan mereka yang tidak lagi aktif tetapi SPR masih belum mengesahkannya.

Menurut Pua, SPR telah berjanji menyelesaikan masalah itu menjelang Februari lalu dengan menambahkan bilangan penolong pendaftar kepada dua orang bagi setiap kerusi dewan undangan negeri tetapi sehingga kini ia belum dilaksankan.

Minggu, 23 Mei 2010

Lesen judi: PAS pohon Raja Melayu campurtangan



KUALA LUMPUR, 24 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyuarakan rasa yakin bahawa Majlis Mesyuarat Raja-Raja Malaysia mampu mempengaruhi kerajaan supaya membatalkan lesen judi bola sempena Piala Dunia 2010.

"Kami (Ahli Parlimen PAS) berkeyakinan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu mengambil tindakan yang wajar mempengaruhi kerajaan supaya isu pemberian lesen judi ini dibatalkan segera," jelas beliau tengah hari tadi, mewakili Ahli Parlimen PAS.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Majlis Raja-Raja Melayu pada era 1960-an dahulu pernah menunjukkan teladan kepada rakyat dengan mendesak kerajaan Umno BN membatalkan Loteri Kebajikan.

Tambahnya lagi, almarhum Tuanku Sultan Perlis merupakan Raja yang paling menonjol menegur pemimpin Umno pada ketika itu.

Sempena mesyuarat Majlis Raja-Raja Malaysia pada 26 Jun depan yang kebetulan dipengerusikan oleh Tuanku Raja Perlis sekarang, beliau berharap majlis berkenaan mampu mempengaruhi kerajaan supaya membatalkan lesen judi tersebut.

Bercakap pada sidang media yang sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menempelak Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mencabar PAS menutup premis judi di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat terlebih dahulu.

Beliau menyifatkan cabaran Mohd Khir dan Ibrahim itu sebagai mencipta alasan untuk menutup pekung Datuk Seri Najib Tun Razak yang meluluskan lesen judi itu.

Sebelum pada itu, suatu memorandum bantahan diserahkan kepada Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia sambil disaksikan oleh Penolong Setiausahanya, Datuk Sabtu Awwab.

Manakala Ahli Parlimen PAS yang menyertai Mahfuz pula adalah Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Yusoff (Rantau Panjang) dan Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali (Titiwangsa) dan Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Adun Batu Burok).

Puteri Umno kecewa tak dapat wang


Oleh Masdar Wahid 
Tawau : Seorang Puteri Umno di daerah ini melahirkan kekecewaanya apabila janji yang dibuat oleh ketuanya agar kos perjalanannya ke mesyuarat akan ditanggung, akhirnya terpaksa berputih mata apabila semua itu hanyalah janji kosong semata-mata.
Puteri Umno itu yang mendakwa telah menjadi ahli Umno sejak sayap Umno itu ditubuhkan berkata, beliau bersama-sama beberapa ahli Umno cawangan diminta hadir ke satu mesyuarat yang diadakan beberapa hari lalu.
“Saya bersama beberapa ahli termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri Umno dari setiap cawangan diminta hadir bagi memastikan Umno di bahagian ini diklasifikasikan sebagai aktif sebelum hasil rekod mesyuarat dihantar ke pusat,” katanya kepada erapakatan.com
Menurutnya, sehingga selesai mesyuarat itu, beliau gagal mendapatkan wang yang dijanjikan dan akhirnya terpaksa pulang dengan wang poket sendiri.
Ditanya penglibatannya dalam pergerakan itu, beliau mengakui amat jarang hadir.
“Saya akui jarang hadir dalam mesyuarat dan program Umno tetapi apa yang saya kesalkan ialah kami ini orang miskin sepatutnya ketua kami sekurang-kurangnya memberikan kami perbelanjaan pengangkutan seperti mana yang dijanjikan.
Lagipun, mesyuarat itu bolehlah dikatakan sebagai lakonan semata-mata kerana ada beberapa cadangan yang dikemukakan dalam mesyuarat itu gagal ditunaikan sejak lima tahun lalu walaupun ia sekadar papan putih untuk para guru mendidik kanak-kanak di salah sebuah kampung di sini,” katanya.
Beliau turut memberitahu, rata-rata para ibu yang hadir misalnya tidak tahu apa yang diucapkan oleh ketua mereka dalam mesyuarat itu yang menyebut tentang perkara perpaduan, ekonomi negara sudah pulih dan perkara nasional.
“Bagi saya para ibu mahukan harga barang turun, gula sentiasa ada di kedai dan bukannya angka-angka dan istilah tertentu yang tidak difahami,” katanya yang mengakui bekerja di sektor swasta.
Difahamkan, Umno di seluruh negara kini sibuk menjalankan pemutihan ahli dan membuang seramai mungkin ahli parti itu yang tidak aktif.

Nasib SUPP selepas kalah di Sibu

SUPP atau Parti Rakyat Bersatu Sarawak yang mewakili Barisan Nasional yang kalah dalam pilihan raya kecil Parlimen di Sibu pada pertengahan Mei lalu bukanlah parti yang asalnya diasaskan menjadi parti kerabat Barisan Nasional.

Bahkan ia diasaskan bagi membebaskan Sarawak dari penjajahan British dan apabila Sarawak merdeka melalui Malaysia, ia kekal sebagai sebuah parti pembangkang yang menentang gabungan Perikatan yang berkuasa di Sarawak.

Ia adalah parti yang tidak tertarik dengan gagasan pembetukan Malaysia kerana sebelumnya ia mempunyai hubungan langsung dan tidak langsung dengan perjuangan Shaikh Azahari, pemimpin Partai Rakyat Brunei bagi membentuk sebuah Negara Kesatuan Kalimantan Utara yang menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak dengan Sultan Brunei sebagai Rajanya.

Politik SUPP sebagai parti pembangkang di Sarawak selepas berada dalam  Malaysia dulu adalah sama dan sealiran dengan pembangkang di Semenanjung seperti Gerakan, PPP di bawah Seenivasagam bersaudara di Perak dan DAP. Ia parti yang rata-rata dikuasai oleh masyarakat Cina yang dikira anti UMNO dan sekutu-sekutunya dalam Perikatan.

Ia adalah sebuah parti yang besar pengaruhnya dan ikut berpandangan bahawa parti-parti dan individu di Sarawak yang menyokong Malaysia adalah pihak yang menjadi boneka kerajaan pusat dan parti Perikatan yang berkuasa. Sekalian mereka yang cenderung menyokong Kuala Lumpur dan Perikatan tidak begitu popular di Sarawak.

Dalam pilihan raya awal tahun 70an bagi menentukan pengaruh Stephen Kalong Ningkan, Ketua Menteri Sarawak yang pertama selepas pembentukan Malaysia, SUPP adalah parti pembangkang yang penting.

Kalong Ningkan dipercayai orang lebih cenderung dengan politik Lee Kuan Yew dan tidak senang dengan penyingkiran Singapura dari Malaysia. Tidak dipastikan pendirian SUPP dengan pemimpin Singapura itu. Yang nyata keduanya tidak sekata dalam pembentukan Malaysia. Lee Kuan Yew pro pembentukan Malaysia menakala SUPP tidak tertarik dengannya.

Dalam pilihan raya bagi menentukan kerajaan Sarawak yang tidak berbelah bagi kesetiaannya kepada Kuala Lumpur, SUPP yang paling ketara menentang orang-orang yang diberi sokongan penuh oleh Kuala Lumpur seperti Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud.

Perdana Menteri Tun Razak mengirim Menteri Pelajaran Abdul Rahman Yaakub bagi menjadi calon Ketua Menteri bagi menggantikan Ketua Menteri Tawi Seli yang tidak lagi bertanding dalam pilihan raya itu.

Keputusan pilihan raya itu tidak memberikan majoriti yang jelas kepada parti-parti yang bertanding. Kira-kira  seperti yang terjadi  di Britain dalam pilihan raya Mei lalu.

Dalam kebuntuan itu, seperti yang Tun Datu Mustapa, Ketua Menteri Sabah ketika itu kata kepada saya, bahawa beliau bersama Perdana Menteri Tun Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin SUPP, Ong Kee Hui rakannya semasa belajar di Maktab Pertanian Serdang dulu.

Tun Mustapha memintanya membentuk kerajaan campuran dengan Abdul Rahman Yaakub sebagai Ketua Menteri. Ong Kee Hui tidak dapat membuat keputusan tanpa persetuan Setiausaha Agung SUPP Stephan Yong. Tun Mustapha memintanya memanggil Stephan.

Kedua mereka didesak bersetuju membentuk kerajaan dengan Perikatan. Stephen Yong kata mustahil kerana mereka baru berkempen menentang parti yang dipimpin oleh Abdul Rahman Yaakub.

Menurut Tun Mustapha,  dia minta Tun Razak menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepadanya satu jam. Tun Razak dikatakan tidak berhalangan.

Dengan kuasa Perdana Menteri itu, Tun Mustapha memberi kata dua kepada kedua pemimpin SUPP supaya bersetuju membentuk kerajaan dengan Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri. Jika menolak kedua mereka akan dikenakan Tun Mustapa tindakan ISA.

Kata Tun Mustapha mereka bersetuju dengan tekanan itu. Kuasa Perdana Menteri dipulangkan semula kepada Tun Razak. SUPP bersetuju membentuk kerajaan bersama Abdul Rahman Yaakub.

Dari masa persetujuan SUPP menyertai Perikatan dan tidak lagi berbangkit kerajaan yang dibentuk sebagai kerajaan campuran tetapi ialah kerajaan Perikatan.

Penyertaan SUPP dalam Perikatan yang peranannya dimainkan oleh Abdul Rahman Yaakub membuka jalan kepada Tun Razak melebarkan Perikatan kepada apa yang dinamakannya Grand Alliance atau Perikatan Raya membawa Gerakan pimpinan Dr. Lim Chong Eu di Pulau Pinang dan PPP di Ipoh bersamanya.

Tun Razak melobi PAS menyertai Perikatan yang besar itu tetapi Datuk Asri, Menteri Besar Kelantan tidak bersetuju gabungan itu dikekalkan dengan nama Perikatan tetapi boleh menimbangkannya menggantikannya dengan nama lain.

Tun Razak dan Datuk Asri bersetuju nama baru itu Barisan Nasional. Maka berakhirlah Perikatan yang diganti oleh Barisan Nasional.

Tetapi pembuka jalan kepada Perikatan yang lebih besar tadi dimulakan dengan persetujuan SUPP. Sejak itu SUPP tidak lagi dikenali sebagai parti yang radikal tetapi terus menjadi kerabat Barisan Nasional yang setia.

Sibu yang menjadi kubunya sejak ia dibentuk kekal menjadi kubunya sekalipun menjadi komponen BN hampir 40 tahun. Tetapi pilihan raya kecil pertengah Mei lalu didapati SUPP tidak dapat mempertahankan kerusinya dan Sibu seperti kembali ke zaman ia sebelum menyertai Perikatan/BN dulu.

Apakah ia akan mengalami nasib yang telah menimpa Gerakan dan PPP?

KDN rampas 3,000 tabloid Kabar Era Pakatan

Baru dua bulan di pasaran, tabloid politik - Kabar Era Pakatan - sudah berdepan dengan tekanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila kira-kira 3,000 nashkah tabloid tersebut dirampas Jumaat lalu kerana memuatkan isu yang menyentuh perdana menteri.
.
Akhbar yang dirampas itu merupakan nashkah edisi pertama (5 hingga 20 April) dan edisi ketiga (9 hingga 22 Mei) dan edisi.

Ketua pengarangnya, Mat Zahari Ali hairan mengapa akhbar tersebut dirampas sedangkan KDN tidak mengeluarkan apa-apa notis kepadanya sebelum tindakan tersebut diambil.

Sepatutnya, kata beliau, KDN bertindak lebih profesional dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada mereka sebelum mengambil tindakan seperti itu.

Tambahnya, nashkah tersebut dirampas di beberapa premis pengedar di Ipoh dan Taiping di Perak dan juga Greenwood di Selangor.

"Ada juga dirampas di kedai-kedai, saya percaya ia bertujuan menakut-nakutkan penjual," katanya kepada malaysiakini hari ini.

Mat Zahari mendakwa, beliau tidak menerima apa-apa surat daripada kementerian tersebut yang boleh mengesahkan rampasan berkenaan.

"Cuma pada Jumaat lalu saya dimaklumkan (oleh seorang pegawai kementerian) melalui telefon dan melalui e-mel supaya berjumpa mereka bersabit soal permit.

"Tapi mereka langsung tidak cakap mengenai rampasan. Apabila saya tanya (telefon) beberapa orang pegawai kementerian, mereka meminta saya merujuk kepada pegawai atasan.

"Jadi saya rasa tindakan ini diambil dari segi politik, kerana isu-isu yang dimuatkan," katanya.

Keluaran pertama akbar tersebut mengandungi tajuk utama "Siasat hubungan Najib-APCO: Anwar" manakala keluaran ketiga pula digariskan dengan tajuk besar "Najib, Razak Baginda tersenarai" berhubung isu pembelian kapal selam Scorpene.

Mat Zahari sebelum ini merupakan ketua pengarang Konsep Era Pakatan yang berjaya diterbitkan sebanyak 20 keluaran, namun permit tabloid politik itu tidak diperbaharui sejak September tahun lalu.

Berikutan itu, beliau menerajui pula tabloid Kabar Era Pakatan yang mula diterbitkan dengan kekerapan dua minggu sekali sejak awal April lalu.

Mat Zahari menjelaskan, keluaran pertama itu adalah berkenaan mengaitkan hubungan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan firma perundingan awam Apco Worldwide.

"Keluaran ketiga (kanan) pula pula berkenaan skandal pembelian kapal selam Scorpene," katanya.

Katanya lagi, beliau kini sedang berusaha mendapatkan penjelasan daripada ketua setiausaha bahagian kawalan penerbitan di kementerian tersebut, memandangkan kesemua pegawai yang dihubunginya enggan memberi penjelasan memuaskan.

"(Ada pegawai) yang kata tindakan itu sebab tajuk tidak sama dengan contoh penerbitan yang dihantar kepada kementerian," katanya lagi.

Mat Zahari berkata, pegawai berkenaan juga memberitahunya bahawa penerbitan itu dikeluarkan tanpa permit.

"Kenapa pula (sebab) tidak ada permit, sebab di (kepala) akhbar ini memang dicetak sekali nombor permit," katanya.

Kristian tolak PAS: Sinar Harian minta maaf kepada PAS

IPOH, 24 Mei: Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan semuka penuh permohonan maaf kepada PAS Perak ekoran laporan mereka 'Kristian tolak PAS' sebelum ini.

Permohonan maaf itu dibuat selepas mendapat bantahan dan peringatan daripada PAS Perak melalui kenyataan bertulis yang dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Haji Khairuddin bin Datuk Abd Malik.

Selain permohonan maaf, Sinar Harian juga menyiarkan kenyataan rasmi daripada Dr. Khairuddin di muka surat yang sama.

Sebelum ini, Sinar Harian dalam laporan akhbarnya edisi Perak telah memutar belit kenyataan paderi, konon Kristian menolak PAS.
Padahal kenyataan itu bukannya dari paderi tetapi telah diputar belitkan oleh pihak media berkenaan dengan niat untuk mengelirukan orang ramai.

Ulasan itu telah dibuat Sinar Harian berdasarkan satu pertemuan paderi dari seluruh gereja di Daerah Kinta dengan pihak PAS Perak baru-baru ini.
Sebelum ini,  Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin menafikan apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian dan merasa sangat kesal dengan laporan yang mempunyai unsur fitnah, pembohongan dan perlu diperbetulkan segera oleh pihak yang terbabit.
“Sinar Harian perlu membuat pembetulan secara terbuka dalam akhbarnya atau mengadapi tindakan mahkamah,” katanya.
Beliau diminta mengulas laporan halaman hadapan Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 20 Mei lalu yang menimbulkan kekeliruan banyak pihak.
"Saya rasa semua pihak yang hadir dalam Dialog Pimpinan PAS Perak dengan paderi dari seluruh gereja di seluruh Daerah Kinta dapat memahami dengan jelas apa yang diucapkan oleh pihak PAS dan pihak paderi," jelasnya.
Tegasnya lagi, tidak ada satu pun ucapan dari mana-mana pihak yang boleh dikaitkan dengan tajuk 'Kristian Tolak PAS' seperti yang disiarkan Sinar Harian.
“Cuma apa yang disebutkan kalau program tersebut dianjurkan tiga tahun lepas mereka pasti tidak akan hadir. Tajuk Sinar Harian jelas mengelirukan dan fitnah yang perlu diperbetulkan segera," ujarnya.
Seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr. Khairuddin Datuk Abd. Malik yang menjadi moderator dalam dialog itu turut melahirkan kekesalan kerana fakta yang tidak tepat dan cara pemberitaan yang tidak profesional oleh Sinar Harian.
"Laporan oleh Sinar Harian adalah tersasar daripada hakikat sebenar pertemuan yang berlaku dan tidak ada kenyataan seperti itu yang dilafazkan oleh Datuk Seri Nizar semasa sesi dialog dan sidang media selepas itu," tegasnya.
Beliau yang ditugaskan sebagai moderator dialog juga menegaskan bahawa tidak ada pimpinan gereja yang hadir mengucapkan dan menyatakan sokong atau tolak PAS.
Menurut beliau, mereka rasa berbesar hati dan menyanjung keterbukaan PAS untuk bersemuka dengan mereka.

DHPP 'bayi baru lahir', perlu bimbingan ahli PAS

KLANG, 24 Mei: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Dr. Mujahid Yusof Rawa menyeru seluruh ahli PAS memberikan bimbingan sepenuhnya kepada anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dahulu dikenali sebagai Kelab Penyokong PAS (KPP).

Menyifatkan ahli DHPP sebagai 'bayi yang baru lahir dalam anggota keluarga PAS', Mujahid berkata, DHPP memerlukan sokongan padu dalam proses memantapkan dewan seperti dewan-dewan yang telah sedia ada dalam parti itu.

"Biasalah, bayi yang baru lahir perlu dibelai, dijaga dengan sempurna. Mereka akan mula merangkak, menangis, yang semestinya memerlukan perhatian kita.

"Ahli-ahli yang hadir pada hari ini, saya seru kepada anda, ini bayi yang baru lahir di kalangan anggota keluarga kita. Tolonglah bimbing mereka.

"Jangan sekali-kali memisahkan, kami ahli PAS, kamu ahli dewan. Kita semua bertanggungjawab kepada parti kita dan orang-orang PAS mesti membantu supaya dewan ini mampu berjalan dengan baik dan dapat memberikan sesuatu yang berguna untuk kita," katanya ketika berucap di majlis pelancaran DHPP, di sini, semalam.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu juga berkata, PAS tidak harus mensia-siakan kejayaan besar menubuhkan DHPP sebaliknya harus membuktikan kepada seluruh rakyat bahawa semua kaum di negara ini dapat bersatu di bawah naungan PAS tanpa ada prejudis di antara satu sama lain.

Berbeza dengan Barisan Nasional, ujarnya yang cuba mewujudkan tembok perkauman melalui parti-pari komponen di dalamnya.

"Barisan Nasional memerintah kita dengan MCA untuk orang Cina, MIC untuk orang India dan Umno untuk orang Melayu. Hari ini kita telah memecah tembok itu bahawa sebagai rakyat Malaysia kita orang Melayu membela orang Cina, orang Melayu membela orang India, orang India membela orang Melayu orang Cina membela orang India. Inilah kejayaan besar DHPP pada hari ini.

"Jangan kita sia-siakan harapan ini. Kita mesti menjadikan hari ini hanyalah langkah awal untuk kita melihat hari esok yang gilang gemilang untuk seluruh rakyat Malaysia," katanya disambut tepukan gemuruh daripada lebih 500 ahli DHPP yang hadir dari seluruh negara.

Ujar Mujahid lagi, PAS bukan sahaja mendapat sokongan Cina dan India namun turut diterima kaum etnik yang lain.

"PAS bukan sahaja ada India dan Cina tapi kita juga ada Siam, orang asli, masyarakat Iban dan Kadazan di Sarawak. Selagi kita tahu ada kaum etnik, perjuangan PAS akan sampai kepada mereka," ujarnya.

Menurutnya juga, Seramai 15 wakil DHPP akan mengikuti muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung pada 9 hingga 13 Jun depan di Kota Bharu.

"Seperti juga dewan-dewan yang lain, DHPP akan menghantar wakil rasmi ke muktamar Jun ini," katanya.

SMM tuntut Suhakam Campur Tangan kes AUKU empat Mahasiswa UKM

KUALA LUMPUR 24 Mei - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini menyerahkan memorandum menuntut supaya kes terhadap empat mahasiswa Universiti Kebangsaan digugurkan kepada Suruhan Jaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).
Memorandum itu diserahkan oleh pengerusi SMM, Shazmi Munir di pejabat Suhakam  Menara Tun Razak pukul 11 pagi tadi, di sini.
Shazmi selepas menyerahkan meorandum itu berkata SMM menggesa Suhakam mengambil tindakan yang sewajarnya dan meminta perkara tersebut diketengahkan dan dibincangkan dari sudut undang-undang dan hak asasi manusia tanpa ditolak begitu sahaja.
"Pertama ialah untuk membatalkan semua tuduhan dan tindakan tatatertib terhadap empat mahasiswa itu serta-merta tanpa sebarang syarat.
"Kedua meminta pihak terbabit menghormati hak autonomi mahasiswa dalam penglibatan mahasiswa di lapangan masyarakat serta menghentikan segala intimidasi terhadap mahasiswa.
"Ketiga ialah untuk mematuhi dan menghormati kebebasan bersuara mahasiswa yang terdapat dalam Artikel-19 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan Artikel-10 Perlembagaan Malaysia,"
"Tuntutan yang terakhir, meminta supaya memberikan kebebasan sepenuhnya kepada mahasiswa untuk terlibat dan bersuara dalam apa jua aktiviti yang membina karisma dan idealisme tanpa dikongkong dan disekat atau diancam dengan ugutan oleh mana-mana pihak mahupun Akta Universiti dan Kolej Univertisi ," tegasnya lagi.
Sementara itu Presiden Kelab sains Politik  Universiti Kebangsaan Malaysia, Hilman Adham yang juga merupakan salah seorang yang didakwa oleh pihak UKM kononnya mereka berkempen untuk Pakatan Rakyat berkata pihak polis telah menggugurkan kes terhadap mereka berempat tetapi pihak hal ehwal pelajar UKM berkeras untuk mendakwa atas alasan laporan polis telah dibuat.
Menurutnya, Timbalan Naib Chanselor UKM, Profesor Dr Ahmad Abdul Razak telah mengeluarkan kenyataan dalam media sebelum ini yang dipetik berkata kesalahan mereka berempat ialah tidak memaklumkan kepada pihak universiti mengenai lawatan mereka dan mengatakan ada kumpulan mahasiswa lain yang juga telah ke Hulu Selangor dengan kebenaran pihak universiti.
"Selalunya mahasiswa akan memaklumkan Kelab Sains Sosial jika ada lawatan sebegini, dan saya selaku Presiden Kelab Sains Sosial tidak tahu ada kumpulan pelajar lain selain kami berempat. Saya minta TNC untuk mendedahkan kumpulan lain itu, jika benarlah adanya kumpulan sebegitu," kata Hilman lagi dalam sidang media yang diadakan luar pejabat Suhakam itu.

GMS Desak UKM Bersikap Profesional Terhadap 4 Mahasiswa Yang Didakwa Berkempen Semasa PRK Hulu Selangor

KUALA LUMPUR 24 Mei - Gerakan Mahasiswa Sedar mendesak Universiti Kebangsaan Malaysia menggugurkan dakwaan terhadap empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik yang didakwa berkempen untuk Pakatan Rakyat (Pakatan) semasa berlangsung pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang diadakan bulan lepas.
Gesaan itu dibuat selepas mendapati tindakan yang akan dikenakan ke atas Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, Hilman Idham (Presiden), Ismail Aminuddin (Naib Presiden),Azlin Shafina Adzha (Setiausaha Agung) dan Woon King Chai (Exco) yang  telah ditahan oleh pihak polis pada 22 April 2010 di pekan Rasa dan Ampang Pecah tidak berasas.
"Tindakan tersebut bertentangan dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang menafikan hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.
"Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 ternyata membantutkan minda mahasiswa, UKM sebagai sebuah  universiti penyelidikan terbaik di Malaysia sepatutnya mengkaji akta ini.
Tambah mereka, Pihak UKM seharusnya lebih profesional dalam menangani isu ini, bukan hanya menerima  arahan daripada pihak yang tertentu yang menuduh mahasiswa tersebut kononnya terlibat dengan kempen Pakatan Rakyat.
Dalam kenyataan media itu, mereka turut mempersoalkan sama ada tindakan yang sama akan dikenakan jika mereka berkempen untuk Umno-Barisan Nasional.
Justeru itu, pergerakan itu juga menyeru supaya pihak UKM  bertindak lebih profesional dan memberikan ruang kepada mahasiswa melibatkan diri dalam hala tuju pembangunan dan politik negara.

KEADILAN Kedah Amalkan Sikap Terbuka, Muafakat Selesaikan Masalah

Oleh Nazar Hashim
ALOR SETAR 24 Mei - Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Kedah, Ahmad Kassim berkata bedah siasat terhadap KEADILAN Kedah tidak perlu memandangkan pertemuan dengan kepimpinan dan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu adalah rutin dan kerap diadakan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah berkata isu bubar DUN yang menjadi hangat sekarang ini  sememangnya dimainkan oleh Umno-Barisan Nasional bagi menimbulkan keraguan dan menghakis keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri Kedah yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.
"Kita tidak nafikan dimana-mana sahaja memang terhadap sedikit sebanyak perselisihan pendapat dan pandangan. Namun dalam KEADILAN kita sentiasa mengamalkan sikap terbuka dan memberi peluang kepada kepimpinan yang ada untuk melahirkan pandangan mereka dalam pertemuan dan mesyuarat rutin yang sering diadakan.
"Setiap masalah yang timbul akan diselesaikan dengan cara yang terbaik. Kita mungkin tidak mampu memberi kepuasan secara total atau sepenuhnya kepada mana-mana pihak tetapi kita akan buat dengan terbaik.
"Saya berharap rakyat tidak akan terpedaya dengan dakyah jahat yang dimainkan oleh Umno dan BN. Initermasuklah dalam isu ADUN Kubang Rotan yang mereka mainkan sebagai satu isu semata-mata bagi mendapat sokongan rakyat.
"Umno-BN persoalkan kebenaran dan memutarbelitkan kenyataan. Akhirnya apabila rakyat terpengaruh maka kredit ini akan digunapakai oleh mereka untuk menyalurkan dakyah negatif bagi mendapat kembali sokongan rakyat yang ternyata sudah pudar terhadap kepimpinan Umno dan BN," kata Ahmad pada ceramah perdana di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar Sabtu lalu.

umnoapco : Sultan Pun Di Tipu.

Ini adalah kisah benar, ambil iktibar dari moral cerita tersebut dengan senario politik sekarang ini.

Dalam satu lawatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor telah dibawa ke kawasan di mana terdapat banyak burung di dalam sangkar yang terikat di sebelah atas pohon kayu di sana. Tuanku Sultan Sallehuddin begitu gembira mendengar burung menyanyi dan apabila burung-burung itu berhenti menyanyi Tuanku Sultan telah bertitah menanyakan sebab secara tiba-tiba burung itu berhenti menyanyi.

Ketua Pengarah Haiwan Tan Sri Ahmad Mustapha Babjee menjelaskan bahawa burung dengan sendirinya akan berhenti menyanyi apabila cuaca sudah panas, kerana burung menyanyi hanya di waktu pagi atau petang apabila cuaca sudah dingin, kadangkala selepas hujan turun dengan lebat sehingga cuaca menjadi sejuk.

Pada lawatan yang kedua ke Taman Pertanian untuk melihat apa-apa yang ada yang Ke Bawah Duli Tuanku belum melihat pada lawatan pertama Ke Bawah Duli telah datang agak lewat dan terus masuk ke pendalaman.

Apabila sampai ke kawasan tanaman pertanian tiba-tiba Ke Bawah Duli Tuanku terdengar bunyi burung menyanyi. Ke Bawah Duli telah membuat keputusan untuk beristirahat di situ untuk beberapa lama. Tiba-tiba burung yang sudah berhenti menyanyi tadi telah mula menyanyi lagu yang sama. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terus tersenyum dan menyatakan terima kasih kepada Ketua Pengarah Pertanian Dato' Bakar Mahmud.

Waktu akhir lawatan Ke Bawah Duli Tuanku telah mengucap terima kasih kepada Dato' Bakar ' for your initiative'. Saya agak terpegun dengan kata-kata 'for your initiative' itu. Di waktu saya melawat Istana Selangor beberapa hari selepas lawatan itu Ke Bawah Duli Tuanku telah mengucapkan ribuan terima kasih kerana Kementerian Pertanian telah memberi satu projek yang begitu bermakna bagi negeri Selangor, kerana Taman Pertanian itu ialah yang pertama seperti itu di dunia.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah bertanya dua soalan lain kepada saya. Pertama apa sebabnya saya namakan taman di Bukit Cahaya Seri Alam itu Taman Pertanian dan bukan Taman Botani. Saya menjelaskan bahawa di taman itu ada lebih dari projek tanaman dan kerana itu tidak boleh disebut botanical. Jika taman itu taman botani maka ia bukan yang pertama di dunia kerana beribu taman botani sudah ada di dunia. Taman Pertanian pula sebagaimana Kementerian Pertanian ada aspek perikanan dan haiwan selain kegiatan pertanian. Itulah sebabnya dipanggil Taman Pertanian dan bukan Taman Botani.

Soalan kedua lebih merupakan kenyataan iaitu 'Dato' Bakar tu budak kolej ya? ... Saya kenal dia'. Lantas saya bertanya kepada Ke Bawah Duli Tuanku apa maksud titah Tuanku 'thank you for your initiative'.



Jawab Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku 'saya tahu bunyi burung itu ialah daripada tape-recorder' dan bukan nyanyian asli. Mana boleh burung menyanyi bila suhu sudah panas. Tan Sri Babjee beritahu macam tu. Lagi pun macam mana burung boleh menyanyi lagu yang betul-betul sama dua kali.

'Titah Tuanku' Budak MCKK memang nakal .. tapi tak apa ... it was very nice of him .... he tried to please me.' Taman Pertanian adalah kebanggaan Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Selangor.

Kita perlu berhati-hati apabila kita memberitahu sesuatu kepada pengundi sebelum dan sesudah pilihanraya kerana rakyat adalah seperti raja di dalam pilihanraya.

p/s: Dulu, kini dan selamanya.... nak membodek dan mengambil hati Sultan... tipu.. pun tipulah... ha..ha..ha...

umnoapco... *!^!#**!????????????????????????

ikutsukaaku

BETUL KE EKONOMI KITA OK ?

KAPITALISMA PASANG PERANGKAP HUTANG




DUNIA KAPITALISMA SEDANG NAZAK

Eropah Barat/Timur sedang dalam krisis ekonomi
yang akan menjerut leher kaum kapitalis. Inilah krisis
yang paling besar sesudah perang dunia kedua.
Mari kita fahami apa krisis ini:

Kerajaan Greek kini berhutang.
Nak tahu jumlah nya berapa?
$367 billion dolar.
Berhutang dengan siapa?
Berhutang dengan negara- negara Eropah.

Ireland berhutang berapa banyak?
Hutang Ireland ialah $865 billion dolar.
Ireland juga berhutang dengan negara negara Eropah

Berapa banyak pula Sepanyol berhutang?
Berapa banyak pula Itali berhutang ?

Hutang Sepanyol hanya $1 trillion dolar.
Hutang Itali juga $ 1 trillion dolar.

Itali dan Sepanyol berhutang dengan siapa?
Mereka berhutang dengan Perachis, Britain dan Germany.

Wow ! Tiga buah negara ini macam mana sekarang?

Mereka pun dalam kesusahan. Ramai warga tak ada kerja.
Banyak industri tutup. Banyak syarikat muflis. Ini kerana duit
yang ada telah dipinjamkan kepada orang lain. Bila nak guna
duit tak ada. Dalam masa yang sama si pemimjam tak
ada keupyaan nak membayar. Balak sudah sampai.

Balak apa?

Balak besar kalau negara negara yang berhutang ini tak bayar hutang
mereka jatuh bagkrap. Kalau jatuh bangkarp langsung tak boleh bayar.
Jadi kena selamatkan negara yang berhutang ini.

Lalu timbul soalan – dari mana duit nak datang untuk selamatkan dari
jatuh muflis?

Soalan inilah yang sedang menimbulkan krisis.


Portugal juga berhutang dengan Germany. Germany pulak tak dapat
kutip hutang dari Itali.

Sepanyol juga berhutang dengan Itali sebanyak $41 billion dolar.
Itali juga berhutang dengan Sepanyol sebanyak $27 billion dolar.

Dua dua negara ini sebenarnya akan jatuh muflis.

Pelik tetapi benar – negara tak ada duit meminjamkan duit
kepada negara yang juga tak ada duit.
Sepatutnya jangan dipanjamkan kepada orang yang tak
mampu membayar hutang.

Ekonomi kapitalis telah
terperangkap dalam hukum hutang.


Kalau dua dua nehara ini jatuh muflis – ini bahaya besar.
Seluruh sistem kapitalis runtuh terbarai. Sosialisma akan naik.
Ini pun parti parti kiri makin popular. Parti kanan makin merundum.
Lihat parti konservati di Britain juga tak boleh kakan sangat lagi.
Rakyat sudah marah dan akan bangun memberontak.
Lau kaum kapitalis akan cuba menyelamatkan negara-negara ini.


Siapa jadi tukang selamat?


Ini lah yang belum ada jawapan. Inilah dia punca krisis ekonomi sistem
kapitalis.

Kita harus bersedia. Terutama anak anak muda. Krisiss ekonomi Eropah ini
pasti akan meledakkan wilayah kita. Fahami sistyem ekonomi kapitalis yang
berkiblat kepada keuntungan maksima.

Cakap-cakap ekonimo akan puleh adalah cakap orang politik yang sekolah tak habis. Yang belajar tak tamat. Cakap-cakap ini hanya untuk menyedapkan hati orang ramai.
Hakitanya kapitalisma sedang menjunam.

Mula semak kembali buku-buku yang memberikan pandangan ekonomi alternatif.
Lihat dan kaji pengalaman di Sweden. Lihat dan kaji sejarah revolusi Bolshevik.
Lihat dan kaji sejarah revolusi Tiongkok.

Krisis ada peluang !
Krisis membuka harapan !
Berani berjuang berani menang!

TT.

Najib diserang pemimpin umno.....

Isu lesen judi sukan/bola terus menjadikan Najib Monggolia tertekan.

Najib seolah-olah bersendirian bila Timbalannya sendiri Mat Sembab mula bersuara bahawa kerajaan akan kaji semula lesen judi bola tersebut.

''Secara jujurnya saya belum lagi dimaklumkan mengenai situasi tersebut tetapi kita (kerajaan) memang mengambil kira reaksi orang awam, Islam dan bukan Islam.

“Saya percaya kerajaan akan mengambil kira perkara itu (reaksi masyarakat tentang kelulusan lesen judi,” kata Mat Sembab pada sidang akhbar di Kuala Lumpur

Pak Lah pula tiba-tiba sahaja terjaga dari mimpi yang panjang entah siapa pula yang kejutkannya.
Pak Lah berkata "Pihak yang telah meluluskan lesen itu perlu mempertimbangkan sebaik-baiknya pandangan yang telah disuarakan. "Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga,"

MB Perak Haram pula berkata "prinsip saya sebagai orang Islam tetap tidak boleh mengatakan judi itu halal, haram tetap haram".. demikian tegas Menteri Besar Perak,

“Saya yakin kerajaan akan melihat semua masyarakat seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri dengan mengambil kira semua pandangan kalangan Islam dan bukan Islam,” katanya lagi.

Zamry dah mengaku haram tetap haram...Jawatan MB sekarang ni haram ke tak haram Zamry...

Adakah Najib Monggolia akan tenggelam bersama kapal selam Al-Tantuya? Adakah Mat Sembab akan guna isu lesen judi ini untuk menekan kepala Najib dalam ayaq acaq hingga lemas?

Gerakan Anti Sammy (GAS) sudah ada olah Pimpinan MIC sendiri...

Mungkinkah akan ada pula Gerakan Anti Najib oleh pimpinan UMNO sendiri?


Amizudin Ahmat (Din Binjai)

POLITIK MALAYSIA PASCA PRK HULU SELANGOR DAN SIBU


·
Semenjak Tsunami politik pada Pilihanraya Umum Mac 2008, BN berada dalam keadaan murung dan resah sehingga ke hari ini. Manakan tidak, kalau dahulu pada setiap kali pilihanraya samada pilihanraya umum atau kecil, BN sudah penuh yakin akan menang mudah terutama di kawasan pedalaman, luar Bandar dan kawasan-kawasan yang menjadi kubu kuat mereka. Tetapi kini legasi itu sudah hilang dari arus politik Malaysia. Rakyat sudah semakin matang dan cerdik membuat penilian.

Rasuah, politik wang dan ugutan

Kalau dahulu duit, ugutan, rasuah, janji dan mulut manis pemimpin BN sudah cukup membuatkan pengundi mengalirkan air liur mereka mengundi BN malah bekerja kuat untuk memenangkan BN tetapi kini semuanya sudah tidak berlaku lagi. Walaupun jutaan malah billion ringgit dijanjikan kepada rakyat oleh BN sewaktu kempen pilihanraya namun itu belum tentu ‘mencairkan’ hati rakyat untuk mengundi calon BN.

Rakyat sudah bijak menilai siapa yang harus mereka undi dan angkat untuk menjadi wakil rakyat mereka samada di peringkat Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat (Parlimen). Sejarah silam dan ‘track record’ BN dan wakil rakyat BN dinilai dan ditapis oleh rakyat sebelum membuat keputusan siapa yang harus mereka undi.

Rakyat telah sedar bahawa calitan tidak sampai 5 saat di atas kertas undi amat penting walaupun ianya kerja yang amat mudah dan senang. Mereka sudah sedar impak dan implikasi yang bakal mereka hadapi dari calitan ringkas tersebut. Ianya bukan sekadar calitan main-main tetapi ianya menentukan masa depan negara, kedaulatan negara, masa depan rakyat, agama dan bangsa.

Kalau dahulu rakyat boleh ’termakan’ dengan kain batik, sekampit beras, setin Milo dan sekilo gulan tetapi kini belum tentu barangan asasi tersebut akan menyebabkan mereka mengundi BN. Malah janji projek bernilai bilion ringgit pun tidak mampu mempengaruhi minda matang mereka.

Hal ini paling ketara di kalangan pengundi kaum Tionghua. Keputusan Pilihanraya Umum Mac 2008 dan beberapa pilihanraya kecil pasca Pilihanraya Umum itu menunjukkan sokongan melonjak kaum Tionghua kepada PR (DAP, PKR dan PAS). Paling ketara ialah di Bukit Gantang, Hulu Selangor dan Sibu di mana purata sokongan pengundi Cina kepada PR mencecah sehingga 80 % di sesetengah peti undi. Di kebanyakan tempat pula sokongan mereka adalah di sekitar 70 – 80 %. Ini sesuatu yang cukup mengerikan BN kerana sebelum PRU 2008, pengundi Cina adalah sebahagian besarnya pengundi tegar BN.

Persempadan Semula Kawasan Pilihanraya

Tindakan BN yang menyalahgunakan kuasa melalui SPR membuat persempadanan semula pilihanraya dengan memperbanyakkan kawasan campuran iaitu peratusan pengundi bukan Melayu sekitar 30-50% akhirnya memakan diri mereka. Ini kerana jika 70 % pengundi bukan Melayu khasnya Tionghua mengundi PR maka sudah tentu BN akan tergolek. Inilah sebabnya majoriti 2/3 BN berjaya dinafikan kerana banyaknya kerusi campuran yang dimenangi oleh DAP, PKR maupun PAS.

Paling jelas pada PRK Sibu minggu lalu, DAP yang sebelum itu dilihat mustahil untuk menang di Sibu akhirnya berjaya melalukan upset, sesuatu yang diluar jangkaan ramai. Walaupun ramai yang menjangkakan pertarungan DAP-BN di Sibu adalah sengit tetapi tidak ramai yang yakin DAP akan memberikan pukulan maut kepada BN. Ini kerana mereka melihat lokasi Sibu yang agak pedalaman tidak memungkinkan rakyatnya menerima tempias dari Kuching atau Semenanjung. Namun akhirnya sangkaan dan ramalan mereka meleset.

Jelas sekali 66 % pengundi Tionghua memberikan sokongan padu kepada DAP sehingga berjaya menenggelamkan kira-kira 2,500 undi pos dan undi dari masyarakat Melayu/Melanau dan Iban di Sibu. Secara kasarnya lebih dari 75 % pengundi Tionghua mengundi DAP walaupun dimomokkan dengan pelbagai isu seperti isu negara Islam dan lain-lain.

Selepas Pilihanraya Umum 1999, BN mengambil langkah memecahkan banyak kawasan parlimen majoriti melayu dijadikan kawasan campuran antaranya Pokok Sena, Kuala Kedah, Yan (Jerai) dan lain-lain. Di mana kawasan ini yang dimenangi oleh PAS pada PRU 1999 akhirnya kembali ke tangan BN pada PRU 2004 akibat tindakan BN/SPR memasukkan kawasan padat pengundi Tionghua ke kawasan tersebut. Namun pada PRU semua kawasan tersebut di tawan kembali oleh PAS dengan sokongan padu pengundi Tionghua dan India.

Kini BN tersepit. Mereka tidak mempunyai majoriti 2/3 di parlimen untuk membuat persempadanan baru. Itulah sebabnya BN membuat kerja bagai hendak gila membeli dan memujuk Ahli-Ahli Parlimen PR supaya melompat menyertai BN atau menjadi bebas. Walaupun ada segelintir yang menjadi katak, monyet dan ketam menyertai BN tetapi bilangannya belum cukup untuk memungkin BN mendapat kembali 2/3 majoriti di parlimen.

Pakatan Rakyat

Sebelum Pakatan Rakyat (PR) diasaskan selepas Pilihanraya Umum ke 12, pelbagai usaha dilakukan untuk menyatupadukan pakatan parti selain BN. Menjelang PRU 1990 Angkatan Perpaduan Ummah (APU) digagaskan oleh PAS, Semangat 46, Hamim, dan Berjasa, manakala Semangat 46 pula berjinak-jinak dengan DAP melalui Gagasan Rakyat. APU hanya bertahan sehingga PRU 1995 apabila pemimpin dan ahli Parti Melayu Semangat 46 akhirnya rujuk kembali kepada Umno. Selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari Umno, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dan pemimpin-pemimpin parti politk dan NGO menubuhkan Gerak. Selepas itu Parti KeADILan Nasional (PKN) ditubuhkan dan akhirnya gagasan Barisan Alternatif (BA) diasaskan oleh PAS, PKN dan DAP bagi menghadapi pilihanraya umum 1999.
BA telah menunjukkan prestasi yang baik apabila memperolehi undi majoriti dari pengundi Melayu tetapi gagal mendapat undi majoriti dari pengundi bukan Melayu. Hasilnya BA berjaya memperolehi keputusan yang amat baik dengan mempertahankan kerajaan Kelantan dan merampas negeri Terengganu. Selain itu memenangi beberapa banyak kerusi di Kedah, Selangor, Perak, Pahang, Pulau Pinang dan Perlis.

Namun begitu DAP membuat keputusan untuk keluar dari BA selepas PRU 1999 kerana mendapati faktor kurangnya sokongan pengundi bukan Melayu kepada DAP adalah kerana kerjasama mereka dengan PAS dan PKR dalam BA. Pada PRU 2004 BA kalah teruk di apabila melepaskan kembali Terengganu kepada BN dan hanya menang majoriti 1 kerusi sahaja di Kelantan.

Walaubagaimanapun BA yang terdiri dari PAS dan PKR terus melipatgandakan usaha mereka mendekati rakyat termasuk bukan Melayu dan hasilnya pada PRU 2008 BA dan DAP berjaya meraih kejayaan gilang gemilang apabila berjaya menubuhkan kerajaan campuran di Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Kelantan. Peristiwa kerjasama erat PAS, DAP dan PKR menubuhkan kerajaan campuran di Perak akhirnya menjuruskan tertubuhnya Pakatan Rakyat secara rasmi seperti yang kita lihat hari ini.

Kerjasama dan perpaduan yang erat antara ketiga-tiga parti ini membuahkan hasil yang baik apabila memenangi kesemua pilihanraya kecil pasca PRU 2008 kecuali Batang Ai (Sarawak), Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan Hulu Selangor (Selangor).

Namun begitu keputusan PRK Hulu Selangor dan Sibu baru-baru ini benar-benar mengerikan BN apabila rakyat dilihat terus utuh dan kukuh memberikan sokongan kepada PR khasnya pengundi Tionghua. Manakala sokongan pengundi Melayu kepada PR tidak luntur di mana undi yang diperolehi oleh PR tidak merosot dengan banyak.

Usaha BN merobohkan tembok perpaduan PR menjadi sia-sia walaupun mereka berjaya ’membeli’ wakil rakyat PR dari PKR dan DAP keluar parti tetapi semua ini tidak mampu menggugat keutuhan dan perpaduan dalam PR. Peristiwa rompakan kuasa di Perak dan kerjasama erat PR pada semua pilihanraya kecil pasca PRU 2008 mengukuhkan lagi lagi kesepaduan dan keserasian PR.

Isu negara Islam.

Isu negara Islam yang selama ini menjadi penghalang kepada kerjasama PAS-DAP akhirnya berjaya diselesaikan dengan sendirinya oleh pemimpin kedua-dua parti. Pemimpin PAS secara jelas menyatakan bahawa prinsip perjuangan PAS adalah Islam dan PAS tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang berkaitan dengan Islam. Namun begitu PAS akan sentiasa bersahabat dan berkawan dengan sesiapa sahaja dalam soal-soal pokok seperti menegakkan kebenaran mencegah kemungkaran seperti rasuah, kezaliman, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, kronisme, nepotisme dan sebagainya. Atas dasar inilah PAS akan tetap bekerjasama dengan DAP bagi membebaskan Malaysia dari cengkaman BN yang telah bermaharajalela lebih dari 60 tahun memerintah.

Umno/BN cuba memainkan isu Negara Islam pada PRK Sibu setelah mereka gagal mengelirukan pengundi bukan Melayu di Semenanjung dengan isu ini pada PRU 2008 dan Pilihanraya kecil pasca PRU 2008. Hasilnya Umno/BN sendiri terkejut kerana pengundi Sibu tidak ’termakan’ dengan isu ini. Pengundi Sibu lebih mementingkan isu-isu yang melibatkan kepentingan mereka sendiri termasuk isu yang melibatkan rasuah, penyelewengan, ketidakadilan, judi dan sebagainya.

Akhirnya Umno/BN terpaksa akur bahawa isu Negara Islam sebenarnya sudah difahami oleh rakyat Malaysia termasuk rakyat yang bukan Islam.

Politik Malaysia menjelang PRU 13

Ramai yang menjangkakan PRU 13 akan berlangsung tahun depan seawalnya April 2011. Mereka berpendapat Perdana Menteri, Najib tidak boleh menunggu lebih lama untuk membubarkan parlimen kerana semakin lama beliau tunggu pengaruh BN semakin pudar dan berkurangan. Tekanan dalaman dan luaran terhadap pemerintahannya tidak memungkin beliau menunggu lama untuk mencataskan lawan politik dalamannya. Isu-isu seperti Apco, Judi, Ekonomi, jenayah dan isu peribadi beliau tidak mampu dibendung lagi. Mahu tidak mahu beliau terpaksa berhadapan dengan rakyat dalam jangkamasa singkat ini.

Kini BN benar-benar tersepit. Senjata tradisional mereka seperti penggunaan rasuah, politik wang, ugutan, projek segera, janji manis, isu negara Islam, isu perkauman dan sebagainya sudah tidak dilayan oleh rakyat.

Apa yang mereka ada sekarang ialah mengeksploitasikan 100 % SPR, Jabatan-jabatan kerajaan, peneroka Felda, Undi pos bagi menyelamatkan mereka dari terpaksa meninggalkan Putra Jaya secara terhormat.

PR pula mesti menggunakan kesempatan terbaik ini untuk bertakhta di Putra Jaya dan memulakan era baru politik Malaysia. Namun begitu kerja ini bukannya suatu perkara yang enteng dan mudah lebih-lebih lagi terpaksa berhadapan dengan sebuah kerajaan bukannya parti pada mana-mana pilihanraya. BN dengan bantuan segala ’bala tentera’ mereka sudah pasti tidak akan memberikan laluan mudah untuk PR berkuasa. Pelbagai taktik yang licik dan licin yang akan digunakan untuk menjadikan mimpi PR tidak menjadi kenyataan. ’By hook or by crook” BN akan mempertahankan kuasanya tanpa memperdulikan undang-undang, Islam dan demokrasi, Bagi BN, mereka boleh melakukan apa sahaja kerana kuasa ada di tangan mereka. Sebarang usaha untuk merobohkan tembok BN yang sudah berkematu ini sudah tentu memerlukan semangat, perancangan rapi dan sistematik serta pengorbanan yang bukan sedikit.

Sementara masih ada jentera PR mesti melipatgandakan usaha menyedarkan rakyat khasnya orang Melayu supaya menyokong PR. Jika PR berjaya mempertahankan sokongan bukan Melayu seperti di tahap sekarang dan melonjakkan sokongan pengundi Melayu kira-kira 10 % lagi, Insya Allah BN akan tergolek dan terpaksa melarikan diri di waktu malam dari Putra Jaya.

Petisyen di internet desak UKM gugur tuduhan

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) melancarkan kempen petisyen online untuk mendesak Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menggugurkan tuduhun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (Auku) terhadap mahasiswanya kerana didakwa berkempen di Hulu Selangor.

Presiden Gamis, Mohd Idris Mohd Yusoff berkata petisyen tersebut bermatlamat untuk mengutip 10,000 tandatangan sebagai referendum mendesak UKM menggugurkan segera terhadap terhadap pelajar terbabit,

Empat pelajar terbabit ialah Muhammad Hilman Idham, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha, dan Woon King Chai.

Petisyen online tersebut boleh dilayari melalui link tersebut: http://www.petisyen.com/petitions/view/40/referendum_bantahan_4_mahasiswa_ukm_dikenakan_auku.html

"Petisyen dan kutipan tandatangan ini seterusnya akan diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) serta pihak pentadbiran UKM.

"Referendum ini ditujukan kepada pentadbiran UKM dan KPT bagi membuktikan suara bantahan mahasiswa seluruh kampus yang bencikan tindakan zalim menggunakan AUKU terhadap mahasiswa," kata Mohd Idris dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya, Gamis berharap ia merupakan kes yang terakhir di Malaysia dan meminta segera dimansuhkan Auku yang menyekat dan menindas kebebasan mahasiswa.

'Akta ini tidak lagi relevan kepada mahasiswa dan mencemarkan universiti sebagai pusat kebebasan aktiviti dan akademik serta sebagai sebuah gedung ilmu," katanya.

CINTA AGUNG IALAH CINTA YANG GAGAL

MENJARJIS BONTOT JANTAN LAIN DI BELAKANG KEKASIH




TIDAK DIBENAR LAWAT , ISTERI KEDIA SULTAN KELANTAN HAMPA LAGI
- minsider

Elia Suhana Ahmad isteri kedua Sultan Kelantan sekali lagi hampa apabila hasratnya untuk melawat terhalang kali ini lebih malang apabila baginda sendiri dikatakan bertitah tidak membenarkan dia menghadap.

Elia Suhana dan peguamnya Fakhrul Azman Abu Hassan bersama beberapa rombongannya tiba di Istana Mahkota Kubang Kerian kira-kira pukul 1 tengah hari tadi dan meninggalkan premis itu 30 minit kemudian apabila tidak dibenarkan masuk.

“Maaf encik saya dititahkan oleh Tuanku sendiri Sultan Kelantan tidak benarkan menghadap”


KAH KAH KAH

woit… BOSAN LAAAA…. SELURUH MALAYSIA BOSAN…kah kah kah..

woit… YA….AMPOOOON …SULTAN INI SAKIT APA?...KENA TEMBAK KE?... kah kah kah..

woit... SAKIT JANTUNG KE ?... BUWASIR KE?...KENA BISUL MACAM ZUL NORDIN KE..kah kah kah

kah kah kah… NAK JUMPA SULTAN INI NAK BUAT APA?...SULATAN GERING.. kah kah kah..

kah kah kah… INI LEBIH HEBAT DARI UDA DAN DARA…kah kah kah..

kah kah kah… INI CINTA TERHALANG… kah kah kah…

kah kah kah… INI CINTA AGUNG… CINTA YANG GAGAL…kah kah kah…

woit… INI KESAH CINTA GAGAL NAK DAPATKAN KEPALA AGUNG…kah kah kah
TT.

Rupa-rupanya peneroka Felda selama ini teraniaya


KEWUJUDAN Felda adalah untuk melaksanakan projek pembangunan tanah dan penempatan dengan tujuan melahirkan masyarakat petani yang makmur dan bahagia selain membanteras kemiskinan tegar. Malangnya, kini Felda didakwa banyak melakukan penipuan terhadap peneroka. Apakah Felda sudah lari dari dasarnya sebenar dan menyeleweng? Ikuti temubual SALMIYAH HARUN bersama Peguam, Wan Rohimi Wan Daud yang telah memenangi kes saman Peneroka Felda Kemahang, Kelantan terhadap Felda.


Daripada kes yang dikendalikan Saudara, kes apa yang sering dibangkitkan oleh peneroka terhadap Felda. Penipuan, penganiayaan atau apa?

WAN ROHIMI WAN DAUD: Terdapat dua aduan besar yang sentiasa dibangkitkan oleh peneroka di seluruh negara. Pertama ialah dari sudut 'greding' sawit yang amat rendah dan tidak munasabah. Rata-rata buah sawit peneroka di seluruh negara diberikan greding pada sekitar 17%. Kadar Perahan Gred (KPG) hingga 19% KPG sahaja. Buah-buah sawit peneroka hakikatnya berhak kepada greding yang lebih baik dari itu.
Bahkan berdasarkan beberapa ujian yang dibuat secara berasingan, terdapat buah-buah sawit yang masak (iaitu apabila 8 biji buah sawit gugur dari tandan sawit, sebagaimana yang disyaratkan oleh Manual Penggredan MPOB – Malaysian Palm Oil Board) yang melebihi 25% KPG. Kehilangan bagi setiap peratus KPG bagi setiap tan sawit, akan menyebabkan peneroka kehilangan pendapatan sebanyak lebih kurang RM50 bagi setiap tan (ini bergantung kepada harga semasa sawit).

Banyak juga kerugian yang dialami peneroka?

Dalam kes peneroka di Kemahang 3, perbezaan harga ini dijelaskan lagi apabila terdapat peneroka yang 'mencuri' jual buah sawit ke kilang luar, iaitu Pusat Pembelian Buah Sawit di Bukit Tandak, Rantau Panjang yang dikendalikan oleh Felcra.
Buah yang dibeli oleh Felcra Bukit Tandak, dan buah yang dibeli oleh Felda di Kilang Kemahang 3 pada hari dan waktu yang sama, akan menunjukkan perbezaan sehingga 3% KPG, iaitu Felcra Bukit Tandak membelinya dengan harga yang lebih tinggi. Walhal Felcra Bukit Tandak tidak mempunyai kilang, tetapi hanya pusat pembelian dan pengumpulan buah, dan buah yang dibeli tersebut akan dijual kembali kepada Kilang Felda di Kemahang 3.

Itu jelas satu penipuan. Apakah terdapat penipuan lain yang menimbulkna rasa tak puas hati peneroka?

Satu perkara lagi yang sentiasa menjadi rungutan peneroka berkenaan dengan greding sawit iaitu apabila peneroka menghantar buah sawit mereka ke Kilang Felda, akan membuat potongan kononnya 'buah reject'. Buah reject ini bagaimana pun tidak dibenarkan oleh peneroka untuk dibawa pulang.
Bahkan buah yang kononnya di'reject' tersebut akan diambil kembali oleh Kilang Felda untuk diproses bersama-sama dengan buah yang baik. Ini menunjukkan bahawa buah 'reject' tersebut sebenarnya adalah buah yang baik, yang sengaja diisytihar 'reject' untuk memanipulasi greding.
Rata-rata peneroka telah kehilangan pendapatan lebih kurang ½ tan setiap peneroka pada setiap bulan. Pada masa kini, harga sawit lebih kurang RM500 setiap tan, maknanya peneroka telah dinafikan pendapatan sebanyak RM250 setiap bulan. Jumlah ini amat besar bagi peneroka.

Bagaimana dengan isu caruman Tabung Tanam Semula?

Pada peringkat awal menyertai Rancangan, peneroka akan diwajibkan membayar kepada Felda, melalui potongan wajib, wang caruman Tabung Tanam Semula sebanyak RM4 bagi setiap ekar selama 20 tahun. Ini membawa maksud setiap seorang peneroka dipaksa mencarum sebanyak RM40 (bagi 10 ekar tanah ladang) selama tempoh 20 tahun.
Caruman tersebut adalah wang peneroka, untuk tujuan simpanan bagi mengendalikan aktiviti menanam semula sawit selepas pokok sawit mencecah umur 25 tahun, atau tidak lagi ekonomik untuk diusahakan. Malangnya, bagi peneroka yang enggan menyerahkan urusan tanam semula kepada Felda Tecnoplant (anak syarikat Felda) dan enggan menyerahkan pengurusan ladang kepada Felda, mereka tidak akan dibenarkan menuntut wang caruman ini.
Pelbagai alasan yang dikemukakan oleh Felda untuk menyusahkan peneroka. Kes ini berlaku di seluruh negara. Felda sebenarnya berhutang sebanyak RM17,000 seorang (bagi yang memiliki ladang seluas 10 ekar) kepada setiap peneroka.
Terdapat banyak keadaan yang mana walau pun selepas 10 tahun, 15 tahun peneroka tanam semula ladang dengan wang sendiri pun, Felda masih lagi enggan membayar caruman peneroka.
Saya tidak tahu kalau ada ulama atau mufti dalam negara ini yang boleh menghalal tindakan Felda yang menahan harta rakyat miskin seperti ini? Pada saya menahan harta orang adalah perbuatan haram yang perlu dikecam, yang perlu dikeji dan perlu ditentang. Setakat ini hanya 2 jenis kes sebagai mana yang tersebut di atas yang menjadi tuntutan peneroka di seluruh negara.

Daripada kes yang dikendalikan saudara misalnya di Felda Kemahang, apa yang boleh disimpulkan?

Kesimpulan saya mudah. Nun di sana pemimpin dan pembesar kita terutama yang berada di anjung kuasa, yang mengawal dan memerintah Felda adalah tidak amanah dan tidak jujur.
Mereka sebenarnya seolah-olah tidak pernah menghayati amanah Tun Razak sewaktu menubuhkan Felda. Tun Razak menubuhkan Felda, dan menggubal Land (Group Settlement Act) 1960 (Akta GSA) dengan satu harapan – iaitu nak beri tanah kepada rakyat luar bandar yang tidak bertanah, nak bagi tanah yang cukup untuk menyara keluarga, bagi rakyat yang mempunyai tanah yang sedikit.
Dengan kata lain, Tun Razak nak kayakan penduduk luar bandar dengan memberikan satu kawasan bercucuk tanam bagi rakyat dapat menyara hidup dengan sempurna. Ini amanat Tun Razak, yang boleh dibaca melalui Handsard Parlimen bertarikh 27 April 1960.
Malangnya, selepas penswastaan Kilang Felda pada 14 September 1995, dengan kelahiran Felda Palm Industries Sdn Bhd, pemimpin Felda hanya mementingkan ringgit dan sen. Tiada lagi impian murni untuk membantu masyarakat luar bandar yang miskin.
Peneroka dikekalkan dalam keadaan supaya terus menjadi buruh murahan, yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tetapi Felda menjadi institusi yang paling kaya selepas Petronas, namun taraf hidup peneroka masih hidup seumpama 40 – 50 tahun dulu. Walau pun tanah tersebut adalah milik peneroka, namun peneroka seolah-olah bekerja untuk makan gaji, dan dikelilingi hutang sehingga ke liang lahad.
Sistem yang dipertahankan Felda masa kini, membuatkan peneroka yang bersemadi ke liang lahad, akan terpaksa memindahkan beban hutang kepada waris – anak dan isteri selepas kematian mereka!

Apa pendapat saudara tentang Felda atau perjanjian-perjanjian yang dibuat antara Felda dengan Peneroka yang dikatakan berat sebelah...

Pada saya perjanjian itu tidak salah. Tetapi perbuatan memanipulasi perjanjian tersebut untuk memperdaya peneroka dengan cara mencuri pendapatan peneroka secara tidak telus dan meragukan. Bagi peneroka yang menyerahkan kembali urusan tanam semula dan pengurusan ladang mereka kepada Felda, tiap-tiap bulan Felda akan membuat potongan sebanyak 57.21% tanpa gagal.
Walau pun hasil sawit peneroka mencecah RM5,000 sebulan, namun hasil akhir yang diterima peneroka hanyalah RM1,200 sebulan. Yang lebih meragukan, Felda tidak pernah mengeluarkan penyata hutang yang lengkap kepada peneroka. Kalau kita buat pinjaman perumahan atau beli kereta, 6 bulan sekali bank akan memberikan kita penyata hutang yang lengkap dan kita akan tahu jumlah sebenar hutang berbaki, faedah yang dikenakan, serta bayaran yang telah dibuat.
Tetapi ini tidak disediakan oleh Felda kepada Peneroka. Kadang-kadang hutang peneroka tahun lepas, adalah lebih rendah daripada hutang terkini. Jadi ruang ini digunakan untuk mengenakan caj-caj yang meragukan serta membebankan peneroka. Kesimpulannya, Felda tidak lagi dipimpin sebagai institusi amanah, tetapi dipacu seolah-olah syarikat sendirian berhad yang hanya mementingkan keuntungan, yang mana titik akhirnya akan menyebabkan peneroka akan terus merempat di atas tanahnya sendiri.
Bagaimana dengan isu pemberian hak milik tanah kepada para peneroka.

WAN RAHIMI WAN DAUD: Saya melihat isu pemberian tanah amat penting. Jika kita kaji Akta GSA, hubungan pemilikan tanah adalah kuasa mutlak Kerajaan Negeri. Ia tiada kaitan dengan Felda. Maknanya Kerajaan Negeri boleh berikan hakmilik kepada peneroka, walau pun masih terdapat hutang kepada Felda. Hubungan peneroka dengan Felda berkenaan hutang, adalah hubungan kontrak. Hubungan peneroka dengan Kerajaan Negeri adalah berkenaan milikan tanah. Ia adalah 2 hubungan yang berbeza dan tidak berkaitan.
Saya katakan adalah amat perlu untuk Kerajaan Negeri memberikan hak milik kepada semua peneroka yang layak, serta-merta. Ini kerana apabila peneroka telah menerima hak milik, maka Akta GSA tidak lagi terpakai ke atas peneroka. Tiada siapa lagi yang boleh mengugut untuk menghalau peneroka dari kawasan rancangan. Bahkan, kalau Akta GSA sudah tidak lagi terpakai ke atas peneroka, perjanjian antara peneroka dan Felda juga akan berakhir.
Dengan itu, Felda tidak berhak lagi mewajibkan peneroka menjual buah sawit mereka ke kilang Felda. Hakikatnya, Perjanjian Peneroka dan Felda, serta Akta GSA hanya berkenaan dengan proses penyertaan peneroka seawal memasuki rancangan sehingga Hakmilik diberikan. Mereka ini dikategorikan sebagai "pendudukan dalam jangkaan hakmilik (in expectation of title)".

Di bawah Akta GSA ini, apa kuasa Felda?

Sebenarnya, dibawah Akta GSA, Felda tidak mempunyai apa-apa kuasa pun. Semua kuasa di bawah Akta tersebut adalah pada Kerajaan Negeri. Bahkan untuk Felda melantik Pengurus Rancangan dan menggubal undang-undang kecil yang mengikat peneroka, maka ia perlu merujuk dan mendapat persetujuan Kerajaan Negeri – Land Collector – Pentadbir Tanah.
Oleh itu, jika peneroka tertindas, kita tidak boleh menyalahkan Felda sepenuhnya, tetapi kita perlu mempersoalkan Kerajaan Negeri yang memerintah, kenapa Kerajaan Negeri berpeluk tubuh dan enggan menggunakan kuasanya dibawah Akta GSA untuk campurtangan dan membela peneroka?

Tapi ramai peneroka yang diusir sewenang-wenangnya dari tanah rancangan oleh Felda atas pelbagai alasan.

Hakikatnya, Felda tidak mempunyai kuasa mengusir peneroka. Perbuatan Felda mengusir peneroka, adalah salah dan tidak sah serta bercanggah dengan Akta GSA, yang memperuntukkan bahawa kuasa mengusir HANYA terletak pada Land Collector – Pentadbir Tanah. Itu pun jika peneroka melanggar peruntukan Akta GSA sahaja. Sebab itulah pentingnya peneroka dikurniakan Hakmilik kerana selepas Hakmilik dikeluarkan, tiada siapa lagi boleh mengusir peneroka termasuk Kerajaan Negeri sendiri.
Amat malang sekali di negara kita, semua Kerajaan Negeri seolah-olah tidak mempedulikan kuasa yang diperuntukkan dalam Akta GSA untuk membela peneroka. Semuanya dilepaskan ke bahu Felda. Kerajaan Negeri boleh berbuat sesuatu berkenaan dengan greding sawit, undang-undang tanam semula dan lain-lain berkenaan tanah Rancangan.

Isu generasi, bagaimana mereka (waris) boleh mendapatkan hak mereka daripada kedua ibu bapa mereka (peneroka asal)?

Saya rasa isunya di sini, ialah terdapatnya sekatan dalam Akta GSA untuk turun milik tanah selepas kematian peneroka asal. Tidak semua anak dibenarkan untuk didaftarkan sebagai pemilik atas tanah tersebut.
Isu ini tidak ada jalan lain, pergi ke Parlimen dan pinda Akta GSA, itu sahaja. Jadi terpulanglah kepada semua pemimpin politik untuk menangani masalah ini.

Felda dulu tolong, kini along... daripada pengalaman pihak saudara mengendalikan kes, apakah persepsi ini benar?

Kalau kita baca Handsard Parlimen - ucapan pembentangan Akta GSA oleh Tun Razak pada 27 April 1960, 50 tahun dulu, kita akan lihat dengan jelas amanah Tun Razak untuk "beri tanah kepada yang tidak bertanah", membantu masyarakat luar bandar, dan mengayakan rakyat yang miskin. Nampaknya amanah Tun Razak telah dikuburkan oleh semua pembesar dan pemimpin Felda sekarang, termasuk oleh anak kesayangan Tun Razak sendiri!

Najib, Taib selepas episod malang di Sibu

M Faqih

SEORANG jiran usia 56 tahun, pada hari Sabtu minggu lepas tidak nampak pun ada reaksi sakit. Tubuh badannya kelihatan sihat, biar pun dia memberitahu menghidapi darah tinggi.
Pagi keesokan harinya dia rebah di sebuah madarasah ketika mengikuti kelas al Quran. Dan malam hari yang sama dia pergi dan tidak kembali lagi.
Dua minggu sebelum itu, seorang pegawai kerajaan membetulkan paip air di belakang rumahnya selepas pulang bekerja.
Sebelum itu, jiran-jiran melihat dia ada di madrasah solat berjemaah ketika pulang waktu rehat tengah hari. Ketika membaiki paip di belakang rumah, tiba-tiba dia mengadu sakit dada kepada isterinya.
Tidak lama selepas itu dia pergi juga tidak kembali lagi. Usianya 41 tahun. Ketika ambulans sampai dia sudah tidak bernyawa lagi.
Dua peristiwa itu berlaku dalam sekelip mata. Kata orang, ia tidak dijangka. Samalah dalam situasi apa sekalipun. Lebih-lebih politik, yang serba boleh jadi.
Menang pilihan raya kerana menentang Barisan Nasional (BN). Tiba-tiba tidak lama kemudian tergila-gila pula kepada Umno dan BN.
Kata orang kampung, kalau mereka bertanding menggunakan lambang dacing, tentu tidak menang. Samalah dengan Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas, menang kerana lambang bulan.
Begitu juga Datuk Seri Zahrain Hashim, Tan Tee Beng, Mohsin Fadzil Samsuri, Wee Choo Keong, Mohd Osman Jailu, Mohd Radzi Salleh, Badrul Hisyam Abdullah dan Tan Wei Shu, mereka dipilih rakyat kerana bertanding menggunakan lambang PKR.
Begitu juga dengan Hee Yit Fong menang kerana tuah DAP.
Mereka tentunya tidak dipanggil YB kalau bertanding menggunakan lambang dacing atau Bebas. Namun tidak ramai yang menjangka mereka membuat u-turn di jalan lurus.
Mereka tidak dijangka tiba-tiba tampil dengan kejutan. Namun, ramai penyokong Pakatan Rakyat menolak andaian itu.
”Saya diberitahu Choo Keong ditawar lebih RM10 juta. Tawaran itu sejak tahun lepas sudah kedengaran. Namun menjelang pilihan raya Sibu duit yang dijanji khabarnya baru dimasuk akaun.
”Begitu juga Haji Mohsin, khabarnya diumpan RM1 juta, namun hanya 10 peratus sahaja yang diserah selepas mengisytiharkan keluar PKR.
”Selebihnya 90 peratus lagi menjadi milik agen,” dakwa seorang pemimpin muda AMK dari Kuala Krai.
Situasi serupa itu sebenarnya lebih hebat menghujani wakil-wakil rakyat PAS ketika kerajaan Kelantan berada di hujung tanduk pada 2004-2008.
Bekas Adun Kemuning, Zakaria Yaakob ditawar duit tunai RM400,000 yang dibawa ke rumahnya di Labok, Machang pada pagi 4 Mac 2006.
Sebelum itu ditawarkan RM5 juta. ”Paling mendebarkan pada peringkat awal penjumlahan undi saya diumumkan mendapat majoriti 24 undi.
”Namun dalam tempoh 24 jam bilangan undi dilakukan sekali lagi. Dan kiraan kali kedua saya dibisikkan hanya menang dengan majoriti dua undi.
”Ketika itu saya diberitahu ada arahan dari pihak atasan supaya diumumkan saya kalah dua undi. Namun pegawai pengurus pilihan raya tidak mahu bersubahat kerana perbuatan itu berdosa. Dan akhirnya saya diumumkan menang dua undi,” katanya.
Adun Temangan, Datuk Hassan Muhamad pula diumpan dengan tawaran lumayan supaya melompat parti. Tawaran itu dibuat di atas sebuah masjid di Kota Bharu. Namun beliau tidak layan dan akhirnya agen berkenaan lari meninggalkan masjid.
Situasi serupa juga berlaku ke atas Datuk Mohamad Daud (Demit), Drs Zainuddin Awang Hamat (Limbongan), Datuk Nasuruddin Daud (Meranti), Hassan Mahmood (Tawang) dan Buniamin Hamzah (Salor).
Ketika itu, kerajaan PAS Kelantan begitu genting, kata orang kampung nyawa-nyawa ikan. Cuba bayangkan kedudukan kerusi di Dun antara PAS dan BN iaitu 23 vs 22.
Namun di Kelantan tidak ada wakil rakyat seperti Zahrain, Tee Beng, Mohsin, Choo Keong dan rakan taulannya yang lain.
”Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah hanyalah hamba-hambaNya yang ulama (berilmu). Sungguh Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.” (35:28)
Manusia sekadar berusaha tetapi segala keputusan kekal menjadi hak Allah.
Dua insan yang dikenali tadi tiba-tiba dipanggil mengadap Illahi, tidak ramai yang jangka kerana mereka sihat dan tidak nampak reaksi sakit.
Mungkinkah pula 11 wakil rakyat yang tiba-tiba membuat kejutan meninggal kawan tanpa dijangka. Mereka juga tidak kedengaran sakit dan masih sihat, sebelum berhijrah meninggalkan parti yang memberi ruang untuk mencari rezeki.
Begitu juga dengan apa yang berlaku di Sibu, 16 Mei lalu. Tiada sesiapa pun yang menjangka calon DAP, Wong Hong Leng mampu menewaskan Robert Lau Hui Yew.
Sedangkan Robert Lau dikenali kaya raya di mana keluarganya memiliki empat akhbar iaitu Borneo Post, Utusan Borneo, See Hua Daily dan Oriental Daily.
KTS Group dikuasai keluarga calon BN itu. Sepatutnya Robert Lau boleh menang mudah kerana ’tiga M’ dimonopolinya. Money, machinery dan media ada di bawah kekuasaan Robert Lau.
Calon DAP, Ho Leng apa yang ada. Sama juga dengan PAS dan PKR, tiga M tiada pada sisi mereka. Money hanya ada di dalam poket ahli. Machinery hanya pada tenaga penyokong. Dan media sekadar medium ceramah.
Suara dan wajah Robert Lau boleh menembusi rumah-rumah panjang di pedalaman Sibu. Kempen dan senyum meleret Robert Lau boleh ditonton di kaca televisyen.
Ho Leng, usah harap wajahnya boleh keluar televisyen, sebaliknya ceritanya banyak dimanipulasi.
Namun, siapa sangka, pengundi Sibu berani membuat kejutan. Pengundi di pedalaman Sungai Rassau, Nangka Tutus, Sungai Pasai, Sungai Pinang, Rumah Basseh dan Boi Ing mulai berjinak dengan Pakatan Rakyat.
Undi majoriti yang dipertahankan BN sejak zaman berzaman telah mulai robek. DAP dan Pakatan Rakyat sudah sudah menyinap jauh ke pedalaman Sarawak.
DAP memperolehi 18,845 undi mengatasi BN dengan majoriti 398 undi. Calon Bebas, Narawi Haron hanya mampu meraih 232 undi dan hilang wang pertaruhan.
Siapa sangka ketika setiap anggota kabinet Najib menyelusuri setiap jalan, lorong dan sungai di Sibu, tiba-tiba pengundi Sibu berani membuat kejutan.
Benarlah apa yang ditelah sebelum ini, BN girang di Hulu Selangor, akhirnya menangis di Sibu.
Di Hulu Selangor, siapa jangka bekas menteri yang dipertaruhkan, Datuk Zaid Ibrahim boleh tewas kepada Kamalanathan, seorang tidak dikenali.
Sepatutnya seperti dalam situasi Bagan Pinang, calon yang hebat dan dikenali ramai seperti Tan Sri Isa Samad boleh menang. Zaid jauh lebih popular berbanding Kamalanathan.
Namun itulah dinamakan kejutan, ia berlaku tanpa ramai yang mampu menjangka. Kejutanlah yang menyebabkan suasana politik negara terus hangat. Ia berpangkal tsunami Mac 2008.
Politik yang tidak dijangka itu membuat Umno dan BN terkejut panjang. Maka bagi meredakan jantung yang sudah lama berombak, diumpankan tiga Adun Pakatan di Perak. Dan umpan itu mengena.
Episod kejutan demi kejutan itulah menyebabkan Tan Sri Taib Mahmud nampak celaru menentukan pilihan raya negeri. Sedangkan iddah akhir pada Julai 2011.
Biar pun beliau menafikan BN kalah di Sibu disebabkan undi protes, namun Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mengakui jentera pilihan rayanya tidak bertenaga.
”Inilah menyebabkan BN kalah di Sibu,” kata Najib seperti menempelak Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Apa pun Taib paling malang dalam episod ini, selepas Puan Sri Laila dijemput Tuhan, kini Sibu pula hanyut di Sungai Rejang. Nampaknya Taib dan Najib menangis lagi.

After Sibu, Pakatan goes east


KUALA LUMPUR, May 24 — Fresh from its unexpected win in the recent Sibu by- election, the Pakatan Rakyat (PR) coalition is now planning on becoming serious rivals with Barisan Nasional (BN) for crucial Sabah and Sarawak votes.
DAP advisor Lim Kit Siang said today the PR leadership council will meet next month to strategise ways to remove Sarawak and Sabah as the BN’s “fixed deposit” states.
Lim said the results of the Sibu by-election showed that BN could no longer consider Sabah and Sarawak states as BN fortresses or strongholds.
“One important meaning of the Sibu by-election result is that Barisan Nasional cannot take Sarawak and Sabah for granted, which have rendered the next general elections a more level playing field in the contest for national power in Putrajaya between Pakatan Rakyat and Barisan Nasional,” said Lim in a statement today.
The Ipoh Timur MP claimed that the political tsunami of the March 2008 general elections was a catalyst for change for it had broken the “myth of the invincibility” of BN as an unbeatable coalition, with the ruling coalition’s fall in five states and the removal of its two-thirds parliamentary majority.
“The 516 Sibu Miracle, where the Sarawak Pakatan Rakyat made its debut and fielded the first PR candidate in Sarawak winning a seat which the Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin had described as a BN ‘fortress’, is a clear and unmistakable message of the deep-seated aspirations of Malaysians, including the people of Sarawak and Sabah, for change and the possibility of the 308 ‘political tsunami’ being taken into its  full flush nationally in the 13th General Elections,” said Lim.
According to Lim, despite public denials BN leaders nationally and in Sabah and Sarawak are “fully aware” of the far-reaching implications of the Sibu by-election result.
He claimed that this “awareness” explained the panicky reaction of top BN leaders in the two states to the Sibu by-election results.
“The 31 Parliamentary seats in Sarawak and the 25 parliamentary seats in Sabah are now in for a fairer, and hopefully, healthier contest for the hearts and minds of the people.
“The possibility of a change of power in Sarawak in a state general elections which must be held in the next 12 months are now also on the cards,” said Lim.
The DAP pulled off a surprise win in the Sibu by-election recently, defeating (BN) SUPP by 398 votes in a hard fought race.
DAP’s Wong Ho Leng polled 18,845 votes compared to BN candidate Robert Lau’s 18,447 votes.
The margin of victory was just a little more than the 395 spoilt votes.
The DAP win is seen as a much-needed boost for PR after losing in the Hulu Selangor as well as Bagan Pinang by-election.